Tuesday, 27 November 2012

Kenangan di Universal Studios Singapore

Cuti sekolah telah tiba.Aku dan keluarga telah bercuti di Singapura selama 3 hari.Hari pertama kami ialah membeli belah di Mustafa Mall.Rambang mata kami dibuatnya.Semuanya murah belaka  yang membuatkan kami tidak melepaskan peluang untuk  berbelanja dengan banyaknya.

Hari kedua kami penuhi dengan bermain di Universal Studios Singapore.Permainan pertama kami ialah melawat empat sekawan di Madagascar dengan menaiki sampan.Selepas itu kami menaiki Roller Coster.Perasaan kami sebelum dan selepas ialah berdebar.Aktiviti ketiga kami ialah menonton tayangan Shrek.
Selepas melawat Universal Studios Singapore kami pergi ke Maritim untuk melihat pelbagai jenis ikan.Selepas melihat ikan kami pergi ke kedai cenderamata dan musium.Selepas itu kami balik ke tempat penginapan  kami untuk berehat sebentar.
Tibalah masa untuk kami pulang ke rumah.Kini ia hanya tinggal kenangan.Sebelum kami meninggalkan kota Singapura, kami membeli sedikit cenderamata untuk diberikan kepada rakan dan guru.


uang.

No comments:

Post a Comment