
Pada hari Jumaat, 14 September 2012 yang lalu, aku mengikut keluargaku pulang ke kampung halaman di negeri Kedah. Ini kerana pada hari Sabtu, 15 September telah diadakan kenduri sempena nenek kesayanganku yang akan berangkat menunaikan fardhu haji dengan ditemani oleh paksu.
Kenduri ini amat bermakna bila semua saudara mara yang jauh dan dekat turut berkumpul bersama-sama. Lebih-lebih lagi bila sambutan hari lahirku juga telah diselitkan sekali pada majlis tersebut, Terima kasih abah dan mama kerana merancang semua ini untuk ku.
Ketika catatan ini kulakukan, nenek dalam penerbangan ke Tanah Suci. Aku doakan nenek mendapat haji yang mabrur serta dipermudahkan semua urusan dan ibadahnya di sana serta selamat pergi dan kembali. Aku rindu akan nenek.
No comments:
Post a Comment