Sunday, 2 September 2012

Pengkaji catur menjadi tetamu

Semalam saya amat bertuah kerana ayahanda tercinta telah menjemput salah seorang penulis buku catur, warga Indonesia bertandang ke rumah. Buku baharunya mengenai teori dan penemuan terkini tentang kerangka pemikiran catur kini hanya tinggal 20% untuk disiapkan. Saya bertuah kerana isi kandungan buku tersebut telah didedahkan kepada kami sekeluarga sebelum khalayak lain mengetahuinya.

Di kesempatan itu juga, Pak Herman telah menurunkan pengetahuannya tentang sukan catur kepada saya, abang, dan adik. Kami sparring sepanjang hari. Banyak perkara baru dapat saya ketahui. Jika ilmu ini hendak dicari, saya difahamkan ribuan ringgit perlu digunakan tetapi disebabkan pertalian kawan, ilmu ini dibawa terus ke rumah saya. Syukur kepada Allah yang memudahkannya.

Semoga permainan kami akan bertambah maju lagi selepas ini.
Amin...

No comments:

Post a Comment