Wednesday, 19 September 2012

Sedutan Ulasan Buku-Buku Ilmiah oleh Perpustakaan Negara


Ulasan Buku


Ulasan Buku # 1 :

‘Di Ruang Ini’ merupakan kumpulan puisi nukilan Sahrunizan Abdul Talib.  Buku ini memuatkan 129 buah puisi  yang mempunyai idea dan gagasan yang bersifat sejagat di samping sasaran sajak-sajak mempunyai hubungan horizontal dan vertikal antara sesama makluk dan tuhan yang meninggalkan banyak pengajaran dan impak moral. Puisi – puisi yang dimuatkan dalam buku ini mempunyai keindahan dan keistimewaan tersendiri. Para pembaca pasti akan tertarik dengan keindahan bahasa dan penyampaian yang dramatik. Puisi – puisi yang terkandung dalam buku ini merangkumi pelbagai bidang dan arena seperti agama, alam semulajadi, sastera, bahasa dan banyak lagi. Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Buku ini boleh diperolehi di Bahagian Pinjaman (Dewasa), Bangunan Wisma Sejarah (Aras 3), Perpustakaan Negara Malaysia.
Pengarang                –          Sahrunizam Abdul Talib
Penerbit                     –          Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun                        –          2008
ISBN                           –          978 983 62 9853 9
Nombor Panggilan –          899.231K SAH D

Ulasan Buku # 2 :
Kesihatan dan Kewangan
Buku Kesihatan dan Kewangan’ mengandungi topik-topik yang berfaedah dan berinformasi. Buku ini menerangkan hubungkait di antara kesihatan dan kewangan secara mendalam dan kepentingan kedua-dua elemen tersebut untuk kehidupan yang sihat dan sejahtera. Buku ini mengandungi 5 bahagian dan 37 bab yang mempaparkan isu-isu yang berbeza dan berguna. Bahagian satu menceritakan tentang sejarah kesihatan dunia dan Malaysia. . Bahagian kedua dan ketiga pula menerangkan tentang informasi kesihatan dan masalah kesihatan dari sudut kewangan. Bab-bab dalam bahagian ini menghuraikan sebab-sebab kenaikan kos perubatan, siapa yang menangung kos perubatan dan banyak lagi. Bahagian keempat dan kelima pula menerangkan tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah kenaikan kos perubatan dan peranan badan-badan perkhidmatan dalam menanggani masalah tersebut.. Buku ini boleh diperolehi di Bahagian Pinjaman (Dewasa), Bangunan Wisma Sejarah (Aras 3), Perpustakaan Negara Malaysia.

Pengarang                   – Dr. Ramli Tahir
Penerbit                       – True Wealth Sdn.Bhd
Tahun                            – 2009
ISBN                              – 978 983 3364 947
Nombor Panggilan  – 616.002 RAM D

Ulasan Buku # 3 :
Kerjaya sebagai Pensyarah
Buku ‘Kerjaya sebagai Pensyarah’ merupakan panduan kepada pelajar dan anak-anak muda yang berminat untuk menjadi pensyarah. Buku ini mengandungi 8 bab yang menerangkan tentang sejarah kerjaya pensyarah, tokoh pensyarah terbilang, bidang tugas pensyarah, cara untuk menjadi pensyarah, skim perkhidmatan pensyarah, bidang pengajian di IPT dan peluang kerjaya, pengalaman dan pandangan peribadi pengarang. Menurut pengarang, penghasilan buku ini adalah bertujuan untuk memberi gambaran dan penjelasan mengenai kerjaya pensyarah dan memupuk minat pembaca yang ingin menjadi pensyarah. Menurut pengarang, kerjaya pensyarah adalah kerjaya profesional yang mendapat pengiktirafan tinggi dalam masyarakat dan menyumbang khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara. Di samping itu, pensyarah juga menjadi idola dan di golongkan dalam golongan cendiawan. Buku ini sesuai dibaca oleh para pelajar dan golongan remaja. Buku ini boleh diperolehi di Bahagian Pinjaman (Dewasa), Bangunan Wisma Sejarah (Aras 3), Perpustakaan Negara Malaysia.

Pengarang                 –          Norhasni Zainal Abidin, Ph.D
Mohd Rafaai Ayudin
Penerbit                     –          PTS Professional Publishing Sdn.Bhd
Tahun                          –          2008
ISBN                             –          978 983 3586 83 7
Nombor Panggilan  –          378.12023 NOR D

Ulasan Buku # 4:
Energy Shift
‘Energy Shift’ is a one stop resources for busy executive and senior policymakers who need a reliable, accessible guide to big strategy question surrounding energy support by the latest studies, articles and research conducted by Booz and Company. Energy shift is a visual guide that puts the most up to date information on the future of energy in a handy, easy to use format. It provides essential knowledge on the forces shaping the energy industry, along side practical advice for making the tough decisions that leaders in all walks of life will face. Energy shift helps you distinguish media-driven myths and misconception from the actual effects the energy crisis will have on a variety of business and organizations from the smallest local enterprise to the largest multinational. This book delivers a wealth of practical advice for managers and leaders in any field. This book is available at National Library of Malaysia.

Author                       –          Eric Spiegel, Neil McArthur & Rob Norton
Published by            –          Harvard Business Press
Year                             –          2009
ISBN                             –          9781422147894
Call Number              –          658.4 KAT D

Ulasan Buku # 5:

Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah
Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah

Buku ‘Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah’ merupakan panduan kepada para pengajar baik di peringkat IPTA mahupun guru-guru di sekolah. Buku ini menerangkan tentang pengujian dan penaksiran yang boleh dilakukan oleh para guru bagi meningkatkan kualiti pengajaran dalam bilik darjah. Penaksiran di bilik darjah adalah memperolehi maklumat pelajar-pelajar bagi mengukuhkan pembelajaran dan pengajaran. Menurut pengarang proses pengumpulan maklumat ini perlu dilakukan dalam setiap langkah pengajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Tujuannya adalah untuk mengukur dan menilai kedua-dua aspek pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Pengujian pula adalah pengukuran dan penilaian tahap pencapaian pelajar. Buku ini mengandungi empat bahagian dan 12 bab yang amat berguna dan berfaedah kepada para pengajar. Buku ini boleh diperolehi di Bahagian Pinjaman (Dewasa), Wisma Sejarah (Aras 3), Perpustakaan Negara Malaysia.
Pengarang                –          Mohamad Sahari Nordin
Penerbit                     –          Universiti Islam Antarabangsa
Tahun                        –          2008
ISBN                           –          9789727532
Nombor Panggilan  –          371.26 MSN D

Ulasan Buku # 6:
The Blue Way
In ”The Blue Way’ , Daniel Adamson and Joe Andrew cofounder of Blue Investment Management, identify the companies that have the most progressive social values fair wages, equal opportunity, environmental responsibility and also contribute to progressive political causes. They describe the portfolio they have built around these companies, which to date has out performance the market. Their innovative investment strategy offers a portfolio approach for investor seeking a principled and successful stock portfolio. In this book, the author explain, how to build a “blue infrastructure’ a progress ecosystem in which companies and activities which progressive value can support blue political and causes. The Blue Way describes a revolutionary investment strategy backed by solid financial research that benefits investor while fostering socially progressive American Value. This book is available at National Library of Malaysia.
Author                        –          Daniel de Faro Adamson & Joe Andrew
Published by            –          Simon & Schuster
Year                            –          2007
ISBN                           –          9781416547341
Call Number                         –          332.6042 ADA D


TK DoHanif

No comments:

Post a Comment