ZAINOOR IKMAL MAISARAH

Tuesday, 27 November 2012

Kenangan di Universal Studios Singapore

Cuti sekolah telah tiba.Aku dan keluarga telah bercuti di Singapura selama 3 hari.Hari pertama kami ialah membeli belah di Mustafa Mall.Rambang mata kami dibuatnya.Semuanya murah belaka  yang membuatkan kami tidak melepaskan peluang untuk  berbelanja dengan banyaknya.

Hari kedua kami penuhi dengan bermain di Universal Studios Singapore.Permainan pertama kami ialah melawat empat sekawan di Madagascar dengan menaiki sampan.Selepas itu kami menaiki Roller Coster.Perasaan kami sebelum dan selepas ialah berdebar.Aktiviti ketiga kami ialah menonton tayangan Shrek.
Selepas melawat Universal Studios Singapore kami pergi ke Maritim untuk melihat pelbagai jenis ikan.Selepas melihat ikan kami pergi ke kedai cenderamata dan musium.Selepas itu kami balik ke tempat penginapan  kami untuk berehat sebentar.
Tibalah masa untuk kami pulang ke rumah.Kini ia hanya tinggal kenangan.Sebelum kami meninggalkan kota Singapura, kami membeli sedikit cenderamata untuk diberikan kepada rakan dan guru.


uang.
Posted by zainoor at 22:02 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 28 October 2012

SEBUAH CATATAN SERIBU KENANGAN

Alhamdulillah.... Selesai sudah aku bersama keluargaku menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Kali ini kami memilih untuk menyambutnya di keluarga sebelah mama di Johor. Ini kerana ketika Hari Raya Aidilfitri yang lalu, kami menyambutnya di Kedah, iaitu keluarga sebelah abahku.Aku bersama beberapa orang sepupu hanya menghabiskan hari raya di rumah datuk, sambil bermain-main sesama kami. Apa taknya, peluang bertemu sesekali begini haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin bagi kami yang masih di alam kanak-kanak ini. Setidak-tidaknya, dapat juga mengeratkan siraturrahim sesama kami.

Aku terkenagkan nenek yang masih berada di Tanah Suci bagi menunaikan fardhu haji. Tahun ini nenek beraya di sana. Aku tahu nenek pastinya tidak kesunyian di sana kerana terdapat puluhan jutaan umat Islam turut bersamanya di situ. Semoga nenek dapat menunaikan haji dengan sebaik mungkin. Kami sekeluarga akan menanti kepulangan nenek di KLIA pada 8 November nanti.

Di Johor, mama menyediakan juadah di pagi hari raya. Kali ini aku tidak membantu kerana sudah terdapat adik beradik mama memenuhi ruangan dapur, lagipun biarlah mereka yang pakar sahaja yang menyediakannya. Namun, adikku seperti biasa, akan tetap ingin melakukan sesuatu atas nama bantuan. Ku lihat adik memotong sayur-sayuran. Kadang-kadang adikku ini kurasa seperti jauh lebih matang dari umur 7 tahun kerana pelbagai benda yang dia tahu.

Adiklah yang selalu menjadi penghibur kami sekeluarga, sama ada di rumah mahupun di dalam kereta. Ada sahaja bahan lawak yang dilepaskan olehnya secara selambe.

Posted by zainoor at 17:31 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 30 September 2012

Best opening by black in chess (GM Igor)


Posted by zainoor at 19:48 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Satu Penghargaan

Pada 26 September 2012 yang lalu, bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam, saya bersama seluruh kontinjen Swelangor yang mewakili semua jenis disiplin sukan ke peringkat MSSM telah diraikan dalam satu majlis penghargaan secara gilang gemilang. Anugerah sukan yang diterima benar-benar menyuntik semangat saya untuk lebih maju lagi dalam sukan catur ini, disamping akan terus menumpukan perhatian kepada akademik.








Biar jasa jadi kenangan.....

  • ·

 

Posted by zainoor at 19:35 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 24 September 2012

Contoh Bahagian C, UPSR

Contoh Soalan Kertas Dua Bahagian C

Latihan Contoh 1:
Tuliskan beberapa amalan baik yang kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patahperkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hamdan bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen  hingga  larut malam.  Dia  tidak  sempat bersarapan. Dia   terus   mencapai basikal  untuk  pergi  ke  sekolah   tanpa bersalam  dengan  ibu  dan  bapanya.  Tiba  di persimpangan jalan, dia   tidak   menghiraukan  lampu  merah lalu terus memecut ke sekolah.  Mujurlah  tiada  kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan  sekolah,   murid-murid   telah   berada   di tapak perhimpunan.  Dia  terus  berlari  ke tapak  perhimpunan tanpa mengunci  basikalnya.  Sedang  semua  murid  menyanyi  lagu “Negaraku” , dia  masih  lagi  berlari  untuk  masuk   ke  dalam barisan.  Ketika  hendak  pulang  ke rumah,  dia  mendapati bahawa  basikalnya  telah  hilang.  Dia  telah  diberi  peluang tumpang  oleh  rakan  untuk  pulang  ke rumah. 

Isi-isi cadangan:

  -  Bangun lewat – Bangun awal supaya tidak tergesa-gesa ke sekolah.
  -  Menonton hingga lewat malam – Tidak digalakkan kerana menjejaskan kesihatan. Tidak cukup tidur.
  -  Tidak sempat bersarapan -  Bersarapan terlebih dahulu mendapatkan tenaga untuk belajar.
  -  Tidak bersalaman – Bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa untuk mendapat restu.
  -  Melanggar lampu isyarat – Mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan.
  -  Berjalan semasa lagu “Negaraku” – Berdiri tegak untuk menghormati lagu kebangsaan.
  -  Memberi pertolongan kepada yang memerlukan.

Jawapan Contoh 1:

Berdasarkan petikan di atas, kita sepatutnya bangun awal supaya tidak tergesa-gesa untuk ke sekolah seperti yang berlaku kepada Hamdan. Kita tidak sepatutnya menonton hingga lewat malam kerana boleh menjejaskan kesihatan kita. Sebelum kita ke sekolah kita hendaklah bersarapan terlebih dahulu bagi mengalas perut supaya senang belajar. Kita mestilah bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa kita bagi mendapatkan restu daripada mereka. Kita hendaklah mematuhi peraturan demi menjaga keselamatan diri kita.  Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menghormati lagu kebangsaan negara kita dengan berdiri tegak bukannya seperti yang dilakukan oleh Hamdan yang masih berlari.  Apabila rakan-rakan kita memerlukan bantuan, kita semestinya menghulurkan bantuan kepada mereka. Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan amalan-amalan yang baik dalam kehidupan harian kita.  



Latihan Contoh 2:

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi  di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

  Buah delima pelbagai rasa,
         Dipetik sebelum waktu senja;
  Dari kecil hinggalah dewasa,
         Ibu bapa membelai penuh manja.
 
  Dalam sungai dipasang bubu,
         Masuk seekor anak kelisa;
  Sungguh mulia jasamu ibu,
         Sepanjang hayat dikenang sentiasa.
 
  Limau kasturi jangan dilupa,
         Beli juga sebungkus asam jawa;
  Tidakku lupa padamu bapa,
         Sanggup berkorban harta dan nyawa.
 
  Kacang dicampur santan kelapa,
         Nasi berulam pucuk pegaga;
  Terima kasih ibu dan bapa,
         Bersyukur kita hidup bahagia.
 

Isi Cadangan:

  -  Membelai penuh manja (Kasih sayang)
  -  Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa (Mengenang jasa)
  -  Berkorban harta dan nyawa (Bertanggungjawab)
  -  Terima kasih ibu dan bapa (Berterima kasih)
  -  Bersyukur kita hidup bahagia (Kesyukuran)
  -  Pengajaran/kesimpulan daripada teks (Hormat-menghormati)


Jawapan 1 Contoh 2:

Berdasarkan puisi di atas, terdapat beberapa nilai murni dan pengajaran yang boleh amalkan. Sebagai seorang anak kita hendaklah menyayangi kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Di samping itu, kita hendaklah mengenang jasa mereka . Sememangnya ibu bapa kita ialah orang yang amat bertanggungjawab. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada mereka di samping bersyukur kepada Ilahi kerana mendapat ibu bapa yang baik. Kesimpulannya, untuk membalas jasa kepada kedua-dua ibu bapa, kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati mereka.

Jawapan 2 Contoh 2:
Buah delima pelbagai rasa,
         Dipetik sebelum waktu senja;
  Dari kecil hinggalah dewasa,
         Ibu bapa membelai penuh manja.

  - Berdasarkan puisi di atas pengajaran atau nilai murni yang boleh kita ambil
    ialah ibu bapa membela anaknya dengan penuh kasih sayang

  Dalam sungai dipasang bubu,
         Masuk seekor anak kelisa;
  Sungguh mulia jasamu ibu,
         Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

  -  Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengenang  jasa ibu dan bapa kerana
     mereka telah banyak berjasa kepada kita

  Limau kasturi jangan dilupa,
         Beli juga sebungkus asam jawa;
  Tidakku lupa padamu bapa,
         Sanggup berkorban harta dan nyawa.

  - Di samping itu juga, ibu bapa juga merupakan orang yang bertanggungjawab dengan
    melakukan pelbagai pengorbanan semasa membesarkan kita.

  Kacang dicampur santan kelapa,
         Nasi berulam pucuk pegaga;
  Terima kasih ibu dan bapa,
         Bersyukur kita hidup bahagia.

  -  Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa kita dan bersyukur kepada Ilahi
     kerana mempunyai ibu bapa yang baik
  -  Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa kita
     yang telah banyak berjasa kepada kita
 

Berdasarkan puisi di atas pengajaran atau nilai murni yang boleh kita ambil ialah ibu bapa membela anaknya dengan penuh kasih sayang. Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengenang  jasa ibu dan bapa kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita. Di samping itu juga,  ibu bapa juga merupakan orang yang bertanggungjawab dengan melakukan pelbagai pengorbanan semasa membesarkan kita. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa kita dan bersyukur kepada Ilahi kerana mempunyai ibu bapa yang baik. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa kita yang telah banyak berjasa kepada kita.
Posted by zainoor at 20:47 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Chess Girl (preview)

Chess Girl
Russian Woman Chess Grandmaster

Chess Girl Nadezhda Kosintseva (born January 14, 1985) is a Russian International Master and Women Chess Grandmaster.
chess girl
She took gold medals at the European Youth Chess Championship 1995 (Girls Under-10, Verdun), 1997 (Girls Under-12, Tallinn) and 2000 (Girls Under-18, Kallithea) and 1998 at the World Youth Chess Championship (Oropesa del Mar, Girls Under-14 event).
On April 2009 she had a FIDE rating for women of 2491 ELO.
In 2008 she won the Russian Women's Championship held in Moscow.


Her sister Tatiana Kosintseva (born April 11, 1986 in Arkhangelsk) has achieved the FIDE titles of International Master and Woman Grandmaster as well.
chess girl
WGM Tatiana Kosintseva, Photo: karpidis from Piraeus, Greece
In September 2009 her rating was 2536, making her the 5th ranked female player in the world.
In 2004 and 2007 Tatiana won the Russian Women's Chess Championship and became the highest rated woman player in Russia. She won the European Women's Championship 2009 in Saint Petersburg.
Read more about Women Chess

log on  http://www.expert-chess-strategies.com for further info.
tqvm
Posted by zainoor at 19:22 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Laman facebook... baik atau buruk kepada pelajar ?

Dalam keadaan sedikit boring, saya melayari internet dan tiba-tiba tersua dengan forum ini. Ingin saya kongsikan bersama semua di bawah ini :

Toluna: People, polls and opinions
Malaysia
Helo Pelawat, Klik untuk Daftar masuk. Mendaftar
  • Utama 
  • Anda 
  • Reka 
  • Jelajah 
  • Ujian & Ganjaran 
 
mohd redzuan

LAMAN SOSAL FACEBOOK BAGI PARA PELAJAR

93 pendapat-pendapat dalam 90 jalur-jalur, dibuat oleh mohd redzuan pada 24/10/2011
Pengkomputeran & InternetTidak Asing lagi Laman Sosial Seperti Facebook Sudah Melular dikalangan Para Pelajar Sekolah Menengah Mahupun Sekolah Rendah... Disini Saya Nak Berkongsi Pendapat Rakan2 Apakah Kebaikan Dah Keburukan Pd Laman Sosial ini Pada Kalangan Bg para Pelajar Sekolah Rendah mahupun Menengah...
Setuju? Ya(43) Tidak(3) Pendapat-pendapat
 
mzamri86
Pendapat oleh mzamri86, Dikirim pada 08/11/2011
Kebaikan laman sosial ialah:
a) boleh berkenalan dengan kawan dari seluruh negara.
b) mempromosi barang atau product ke seluruh dunia.

keburukan laman sosial ialah:
a) membuang banyak masa dengan bergaul
b)mengkritik orang secara terbuka.
Setuju? Ya(1) Tidak(0)
 
Riz wan
Pendapat oleh Riz wan, Dikirim pada 08/11/2011
laman sosial facebook bagi para pelajar adalah amat baik,kerana para pelajar dapat berhubung dengan kenalan.dalam sesetengah situasi para pelajar sukar jumpa dengan rakan lama ,laman sosial facebook yang akan menjadi penghubung.kebiasaannya berlaku kepada pelajar yang berpindah atau pelajar yang sudah habis SPM.
facebook juga dapat membolehkan pelajar berbincang mengenai pelajaran .dalam pada masa yang sama dapt menjimatkan kos perjalanan ,juga dat menjimatkan masa para pelajar.
namun facebook juga membuatkan pelajar leka.ini kerana setiap hari ada pembaharuan mengenai facebook.pelajar akan fokus pada facebook hingga kerja sekolah tidak di siapkan,
selain itu,facebook juaga akan menpengaruhi minda para pelajar.seperti yang kita lihat di dada akbar kes-kes anak gadis lari dari rumah kerana mengikut kenalan facebook.ini jelas menunjukan facebook menyebabkan para pelajar mudah terpengaruh.
kesimpulanya pengunaan laman sosial facebook terdapat pro dan kontra.bergatung kepada individu itu sendiri menilai dan mengunakan kebaikan laman sosial facebook
.
Setuju? Ya(1) Tidak(0)
 
mohd noor
Pendapat oleh mohd noor, Dikirim pada 08/11/2011
dapat berinteraksi sesama sendiri dengan mudah apabila waktu persekolahan tamat dimana disini mereka dapat berbincang dan berbual mengenai pelajaran dan sebagainya
Setuju? Ya(1) Tidak(0)
 
Riz wan
Pendapat oleh Riz wan, Dikirim pada 07/11/2011
memang bagus,dapat menghubungkan masyarakat,mengeratkan hubungan silaturahim..memudahkan kerja seharian,tetapi jangan salah gunakan kebaikan yang ada,buruknya pelajar kurang tumpuan terhadap pelajaran kerana asyik bersosial hingga lupa pelajaran
Setuju? Ya(1) Tidak(0)
 
mahyudin86
Pendapat oleh mahyudin86, Dikirim pada 07/11/2011
Pada pendapat saya, laman sosial - laman sosial yang wujud pada masa kini seperti Facebook, Twitter, Tagged, MySpace dan lain-lain mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Ianya bergantung kepada pengguna laman sosial tersebut untuk memperoleh kebaikan tersebut. Pemantauan daripada orang dewasa khususnya para ibu bapa amatlah perlu bagi memastikan penggunaan laman sosial di kalangan anak-anak yang bersekolah adalah terkawal. Mereka haruslah mendidik anak-anak mereka untuk menggunakan laman sosial dengan cara yang betul supaya mendapat manfaat daripadanya. Antara manfaat yang boleh diperoleh ialah dapat meluaskan ilmu pengetahuan, mendapatkan informasi-informasi yang terkini dan berkongsi pendapat tentang pelajaran-pelajaran di sekolah. Para guru di sekolah juga harus berperanan untuk memberi nasihat kepada para pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan laman sosial di samping mengajak mereka untuk menggunakan laman sosial untuk kebaikan.
Setuju? Ya(1) Tidak(0)
 
Nazirah Raini
Pendapat oleh Nazirah Raini, Dikirim pada 06/11/2011
Menjadi satu kebiasaan bagi para pelajar zaman sekarang.Selain dapat meluaskan pengetahuan dan salah satu elemen penting untuk menambah kenalan di samping dapat bertukar pendapat.Dari segi pendidikan ia juga salah satu sumber atau media untuk berkomunikasi.Yang amat penting mereka perlu memanfaatkan laman sosial ini.
Setuju? Ya(1) Tidak(0)
 
nishwah27
Pendapat oleh nishwah27, Dikirim pada 05/11/2011
pada pendapat saya, laman sosial facebook ini adalah medium yang baik bagi pelajar untuk berinteraksi bersama rakan-rakan sebaya. di laman ini lah pelajar dapat berinteraksi dengan rakan-rakan dari sekolah sendiri mahupun sekolah lain. sebagai contoh, bagi pelajar yang mengambil peperiksaan besar seperti UPSR,PMR atau SPM, mereka boleh berkongsi soalan-soalan trial dari rakan-rakan dari daerah dan negeri lain yang dapat dikenali di facebook. walaubagaimanapun, banyak juga keburukan laman web sosial ini kerana dari laman-laman ini jugalah akan mendedahkan para pelajar bawah umur ini kepada perlakuan sosial tidak sihat seperti seks bebas, pengambilan alkohol serta dadah.
Setuju? Ya(1) Tidak(0)
 
taqiuddinharis
Pendapat oleh taqiuddinharis, Dikirim pada 04/11/2011
Kebaikannya Boleh Berhubung,Keburukan Menyalah Gunakannya Seperti Chatting Terlalu Lama,Asyik Bermain Game,Menipu di Dalam Facebook,Mencari Gaduh Dan Sebagainya.Tetapi Jika Digunaan Sebainya Facebook Banyak Memberi Mnafaat Kepada Kita.
Setuju? Ya(1) Tidak(0)
 
kambang
Pendapat oleh kambang, Dikirim pada 04/11/2011
sebap bagus ba danjuga bagus untuk kesihatan juga kebaikan dan banyak banuk lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi.
Setuju? Ya(1) Tidak(0)
 
NOR SHARYANTI BT MD.SHARIFF
Pendapat oleh NOR SHARYANTI BT MD.SHARIFF, Dikirim pada 04/11/2011
berguna jika betul caranya. Pelajar dpt berkongsi idea atau permasalahan dgn kawan2 di facebook. Tetapi perlu dipantau oleh ibu bapa agar pelajar tidak leka dan menyalahgunakan laman sosial ini.
Setuju? Ya(1) Tidak(0)

Previous123456789Next
Ahli Pertengahan

Topik-topik Pengarang

mohd redzuan
Ahli Pertengahan
mohd redzuan Ahli sejak: 19/10/2011
Dibuat 6 pungutan-pungutan suara dan 11topik-topik

Dinilai 4.8 oleh 14 orang
Lihat profil

Kandungan Berkaitan

apakah kegunaan laman sosial?

apakah kegunaan laman sosial?

358 hari yang lalu, dibuat oleh mariani mohd azmi
ape faedah kewujudan banyak laman-laman sosial sekarang nie...

ape faedah kewujudan banyak laman-laman sosial sekarang nie...

356 hari yang lalu, dibuat oleh yanti sharif
apakah punca pengangguran dikalangan generasi muda kini? dan adakah laman web sosial boleh menjana kepada keruntuhan akhlak?

apakah punca pengangguran dikalangan generasi muda kini? dan adakah laman web sosial boleh menjana kepada keruntuhan akhlak?

354 hari yang lalu, dibuat oleh NURUL ASHIDA
Apakah pendapat anda tentang NC( Nextcubes.com) sebuah laman sosial perniagaan yang dicipta anak Malaysia?

Apakah pendapat anda tentang NC( Nextcubes.com) sebuah laman sosial perniagaan yang dicipta anak Malaysia?

318 hari yang lalu, dibuat oleh gieavianna
Lihat lebih banyak kandungan berkaitan

Kongsi topik ini

Pautan ke topik ini

Embed on blog/website

Disiarkan pada:

Share on FacebookFacebook Post to MySpace! MySpace! Post to Twitter!Twitter Post to Digg!Digg Email Emel topik tinjauan pendapat ini
Report Jika pendapat ini menyinggung perasaan anda, klik di sini untuk melaporkannya
CometD Connection EstablishedWILTDCIIS4 - toluna5.222-date2012-09-23-time10-47-49-branch-toluna_170811-token-f8b5704021b8
Pengesetan negara dan bahasa: Malaysia
QuickSurveys Truste
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma-terma Tapak
  • Polisi Kerahsiaan
  • Hubungan-hubungan pelabur
  • FAQ
  • Blog
  • Tutorial
  • Pekerjaan
  • Ahli Gabungan
Hak Milik © 2012 Toluna Inc. Semua hak cipta terpelihara.
Posted by zainoor at 16:25 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 20 September 2012

Kasparov vs Short - Scotch Game (Beautiful moves)




Posted by zainoor at 18:35 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Pertandingan Akhir Pidato KPBPNB 2011

Nabihah bt Rosli
SMK Sik, Kedah


Posted by zainoor at 18:28 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 19 September 2012

Sedutan Ulasan Buku-Buku Ilmiah oleh Perpustakaan Negara


Ulasan Buku


Ulasan Buku # 1 :

‘Di Ruang Ini’ merupakan kumpulan puisi nukilan Sahrunizan Abdul Talib.  Buku ini memuatkan 129 buah puisi  yang mempunyai idea dan gagasan yang bersifat sejagat di samping sasaran sajak-sajak mempunyai hubungan horizontal dan vertikal antara sesama makluk dan tuhan yang meninggalkan banyak pengajaran dan impak moral. Puisi – puisi yang dimuatkan dalam buku ini mempunyai keindahan dan keistimewaan tersendiri. Para pembaca pasti akan tertarik dengan keindahan bahasa dan penyampaian yang dramatik. Puisi – puisi yang terkandung dalam buku ini merangkumi pelbagai bidang dan arena seperti agama, alam semulajadi, sastera, bahasa dan banyak lagi. Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Buku ini boleh diperolehi di Bahagian Pinjaman (Dewasa), Bangunan Wisma Sejarah (Aras 3), Perpustakaan Negara Malaysia.
Pengarang                –          Sahrunizam Abdul Talib
Penerbit                     –          Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun                        –          2008
ISBN                           –          978 983 62 9853 9
Nombor Panggilan –          899.231K SAH D

Ulasan Buku # 2 :
Kesihatan dan Kewangan
Buku ’Kesihatan dan Kewangan’ mengandungi topik-topik yang berfaedah dan berinformasi. Buku ini menerangkan hubungkait di antara kesihatan dan kewangan secara mendalam dan kepentingan kedua-dua elemen tersebut untuk kehidupan yang sihat dan sejahtera. Buku ini mengandungi 5 bahagian dan 37 bab yang mempaparkan isu-isu yang berbeza dan berguna. Bahagian satu menceritakan tentang sejarah kesihatan dunia dan Malaysia. . Bahagian kedua dan ketiga pula menerangkan tentang informasi kesihatan dan masalah kesihatan dari sudut kewangan. Bab-bab dalam bahagian ini menghuraikan sebab-sebab kenaikan kos perubatan, siapa yang menangung kos perubatan dan banyak lagi. Bahagian keempat dan kelima pula menerangkan tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah kenaikan kos perubatan dan peranan badan-badan perkhidmatan dalam menanggani masalah tersebut.. Buku ini boleh diperolehi di Bahagian Pinjaman (Dewasa), Bangunan Wisma Sejarah (Aras 3), Perpustakaan Negara Malaysia.

Pengarang                   – Dr. Ramli Tahir
Penerbit                       – True Wealth Sdn.Bhd
Tahun                            – 2009
ISBN                              – 978 983 3364 947
Nombor Panggilan  – 616.002 RAM D

Ulasan Buku # 3 :
Kerjaya sebagai Pensyarah
Buku ‘Kerjaya sebagai Pensyarah’ merupakan panduan kepada pelajar dan anak-anak muda yang berminat untuk menjadi pensyarah. Buku ini mengandungi 8 bab yang menerangkan tentang sejarah kerjaya pensyarah, tokoh pensyarah terbilang, bidang tugas pensyarah, cara untuk menjadi pensyarah, skim perkhidmatan pensyarah, bidang pengajian di IPT dan peluang kerjaya, pengalaman dan pandangan peribadi pengarang. Menurut pengarang, penghasilan buku ini adalah bertujuan untuk memberi gambaran dan penjelasan mengenai kerjaya pensyarah dan memupuk minat pembaca yang ingin menjadi pensyarah. Menurut pengarang, kerjaya pensyarah adalah kerjaya profesional yang mendapat pengiktirafan tinggi dalam masyarakat dan menyumbang khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara. Di samping itu, pensyarah juga menjadi idola dan di golongkan dalam golongan cendiawan. Buku ini sesuai dibaca oleh para pelajar dan golongan remaja. Buku ini boleh diperolehi di Bahagian Pinjaman (Dewasa), Bangunan Wisma Sejarah (Aras 3), Perpustakaan Negara Malaysia.

Pengarang                 –          Norhasni Zainal Abidin, Ph.D
Mohd Rafaai Ayudin
Penerbit                     –          PTS Professional Publishing Sdn.Bhd
Tahun                          –          2008
ISBN                             –          978 983 3586 83 7
Nombor Panggilan  –          378.12023 NOR D

Ulasan Buku # 4:
Energy Shift
‘Energy Shift’ is a one stop resources for busy executive and senior policymakers who need a reliable, accessible guide to big strategy question surrounding energy support by the latest studies, articles and research conducted by Booz and Company. Energy shift is a visual guide that puts the most up to date information on the future of energy in a handy, easy to use format. It provides essential knowledge on the forces shaping the energy industry, along side practical advice for making the tough decisions that leaders in all walks of life will face. Energy shift helps you distinguish media-driven myths and misconception from the actual effects the energy crisis will have on a variety of business and organizations from the smallest local enterprise to the largest multinational. This book delivers a wealth of practical advice for managers and leaders in any field. This book is available at National Library of Malaysia.

Author                       –          Eric Spiegel, Neil McArthur & Rob Norton
Published by            –          Harvard Business Press
Year                             –          2009
ISBN                             –          9781422147894
Call Number              –          658.4 KAT D

Ulasan Buku # 5:

Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah
Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah

Buku ‘Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah’ merupakan panduan kepada para pengajar baik di peringkat IPTA mahupun guru-guru di sekolah. Buku ini menerangkan tentang pengujian dan penaksiran yang boleh dilakukan oleh para guru bagi meningkatkan kualiti pengajaran dalam bilik darjah. Penaksiran di bilik darjah adalah memperolehi maklumat pelajar-pelajar bagi mengukuhkan pembelajaran dan pengajaran. Menurut pengarang proses pengumpulan maklumat ini perlu dilakukan dalam setiap langkah pengajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Tujuannya adalah untuk mengukur dan menilai kedua-dua aspek pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Pengujian pula adalah pengukuran dan penilaian tahap pencapaian pelajar. Buku ini mengandungi empat bahagian dan 12 bab yang amat berguna dan berfaedah kepada para pengajar. Buku ini boleh diperolehi di Bahagian Pinjaman (Dewasa), Wisma Sejarah (Aras 3), Perpustakaan Negara Malaysia.
Pengarang                –          Mohamad Sahari Nordin
Penerbit                     –          Universiti Islam Antarabangsa
Tahun                        –          2008
ISBN                           –          9789727532
Nombor Panggilan  –          371.26 MSN D

Ulasan Buku # 6:
The Blue Way
In ”The Blue Way’ , Daniel Adamson and Joe Andrew cofounder of Blue Investment Management, identify the companies that have the most progressive social values fair wages, equal opportunity, environmental responsibility and also contribute to progressive political causes. They describe the portfolio they have built around these companies, which to date has out performance the market. Their innovative investment strategy offers a portfolio approach for investor seeking a principled and successful stock portfolio. In this book, the author explain, how to build a “blue infrastructure’ a progress ecosystem in which companies and activities which progressive value can support blue political and causes. The Blue Way describes a revolutionary investment strategy backed by solid financial research that benefits investor while fostering socially progressive American Value. This book is available at National Library of Malaysia.
Author                        –          Daniel de Faro Adamson & Joe Andrew
Published by            –          Simon & Schuster
Year                            –          2007
ISBN                           –          9781416547341
Call Number                         –          332.6042 ADA D


TK DoHanif

Posted by zainoor at 18:55 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 17 September 2012

Nenek sayang ke Mekah






 
Pada hari Jumaat, 14 September 2012 yang lalu, aku mengikut keluargaku pulang ke kampung halaman di negeri Kedah. Ini kerana pada hari Sabtu, 15 September telah diadakan kenduri sempena nenek kesayanganku yang akan berangkat menunaikan fardhu haji dengan ditemani oleh paksu. 
         Kenduri ini amat bermakna bila semua saudara mara yang jauh dan dekat turut berkumpul bersama-sama. Lebih-lebih lagi bila sambutan hari lahirku juga telah diselitkan sekali pada majlis tersebut, Terima kasih abah dan mama kerana merancang semua ini untuk ku.
     Ketika catatan ini kulakukan, nenek dalam penerbangan ke Tanah Suci. Aku doakan nenek mendapat haji yang mabrur serta dipermudahkan semua urusan dan ibadahnya di sana serta selamat pergi dan kembali. Aku rindu akan nenek.
Posted by zainoor at 18:26 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 11 September 2012

Five Ways to Improve Your Chess Skills

Five Ways to Improve Your Chess

By Edward Scimia, About.com Guide

Every chess player is constantly looking to improve their game, and there's plenty of debate on the best way to get better. Some players try to play as many games as possible, others solve countless tactical puzzles, and many study theory until they know their favorite openings inside and out.
Of course, there's no one improvement method that's best for everyone. However, the five activities in this article are ones that players, coaches and trainers have found to be effective methods for most players, and they should make up the core of any training you do to improve your chess.

1. Play More Chess

This one may seem obvious, but many players forget that experience is an important and necessary part of chess improvement. Playing is what allows you to put the knowledge gained during study into practice, and work on solving practical problems during games without the aid of the prompts given in puzzle books.
Some games are more valuable for improving your chess than others. Long games -- games where each player has an hour or more of thinking time -- allow time for seriously analyzing positions and practicing time management. Blitz games are useful for quickly learning openings or improving your chess intuition. For training purposes, long games are best, but keep in mind that blitz games can be learning experiences too.

2. Study Annotated Master Games

Playing over the games of masters is a great way to improve your chess. These games show how strong players use their pieces, formulate plans, and execute endgames.
There are numerous game collections out there with annotated games you can play through. You might pick a collection of games played (and perhaps even annotated) by one of your favorite players. Alternately, there are tournament books that analyze all of the games from a given event, such as New York 1924 or St. Petersburg 1909. For beginners, something with more complete annotations, such as Irving Chernev's Logical Chess Move By Move: Every Move Explained might be best.

3. Review Your Own Games

While learning from the games of others is helpful, nothing beats learning from your own mistakes. Reviewing your own games is a crucial step in chess improvement, as it allows you to critically examine your strengths and weaknesses and figure out where your biggest mistakes occur. Make it a habit to record the moves whenever you play so that you can review the game later.
It is best to have a stronger player analyze your games with you. A stronger player will inevitably see things you missed, and can provide helpful feedback on where you need improvement. Computer chess programs can also analyze your games, and are great for pointing out tactical mistakes, but can't give the "human" feedback that a stronger player can.

4. Tactics, Tactics, Tactics

Tactics decide the result of most chess games, especially for beginning and improving players. Firming up these skills will allow you to pick off inadequately defended pieces or find surprising checkmates against unsuspecting opponents -- and more importantly, learning these patterns will help you defend against tactical threats during games.
There are many books that have collections of tactical problems. Even better, interactive software programs such as Chess Tactics Art allow you to play through problems and get instant feedback without having to set up positions on a board. One free option is the Chess Tactics Server, an online tactics trainer that can guide you towards problems of an appropriate difficulty level.

5. Private Chess Lessons

Having your own personal chess trainer can be a rewarding experience. Someone who works with you over a period of time will get a good feel for your game, and can craft lessons tailored to your needs. To find a suitable teacher, you may want to ask other local players, particularly those who play in clubs and tournaments, if they can recommend a good teacher.
Keep in mind that the strongest players tend to give the most expensive lessons, but you may benefit just as much from a somewhat weaker (but still strong) player without paying a premium rate. Also, online lessons are often available on chess servers for much lower rates. It's not quite the same as meeting with a teacher in person, but confers many of the same benefits.
Posted by zainoor at 18:04 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 10 September 2012

Sport icons

 
With my brother, Azam (Malaysian chess player u-12)

 
With my family

 
My beloved family

 
Nice memories

Posted by zainoor at 21:04 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Translate

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sarahchess

zainoor
Rawang, Selangor, Malaysia
Murid SKTBR 1, Rawang dan mewakili Malaysia dalam pertandingan catur peringkat antarabangsa dan dunia.Mempunyai hobi membaca dan beriadah ketika lapang.
View my complete profile

Jauh di mata, dekat di hati

free counters

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  June (2)
  • ►  2013 (2)
    • ►  September (1)
    • ►  March (1)
  • ▼  2012 (30)
    • ▼  November (1)
      • Kenangan di Universal Studios Singapore
    • ►  October (1)
      • SEBUAH CATATAN SERIBU KENANGAN
    • ►  September (26)
      • Best opening by black in chess (GM Igor)
      • Satu Penghargaan
      • Contoh Bahagian C, UPSR
      • Chess Girl (preview)
      • Laman facebook... baik atau buruk kepada pelajar ?
      • Kasparov vs Short - Scotch Game (Beautiful moves)
      • Pertandingan Akhir Pidato KPBPNB 2011
      • Sedutan Ulasan Buku-Buku Ilmiah oleh Perpustakaan ...
      • Nenek sayang ke Mekah
      • Five Ways to Improve Your Chess Skills
      • Sport icons
    • ►  August (2)

widgeo.net

INTAI KPM

Watermark theme. Powered by Blogger.